JAMBU....MUKA LEGEND ATI KIUT!!!!!



Malam tadi sedang akubersantai atas buaian depan rumah ternampak seekor kucing merayap2 tepi pagar.kesian tengokkan....lapar dan lemah.Kebetulan ikan goreng lebih makan malam masih ada lagi.Sedekahkan ....rakus meratah ikan bawal goreng.Air pun dteguk kencang...macam dahaga sangat.Kucing peliharaan orang rasanya.Manja dan comel.Bulu agak comot...mungkin merayap sana sini,tak terurus je nampaknya.Lepas bagi makan kami biarkan di luar rumah.Tak berani bawa masuk kerana bimbang ada pemilik.Berbekalkan sehelai kain,ia tidur di atas bangku kayu di tepi pintu.Bagaikan JAGA setaia di tempatnya hinggalah pagi hari.

Sebaik pintu rumah dibuka...menjengah wajah comel di celah daun pintu.Tak tinggalkan kami Kucing Musafir malam tadi.Tunggu sehingga kedai runcit di bawah blok dibuka,suamiku bergegaas membeli Makanan Kucing Friskies.Aku mula2 agak keberatan menerima Kucing ni tapi kesiankannya kerana dah lama nampak terbiar di kawasan berek kediaman kami.Tak bertuan lagi agaknya.Melihatkan keadaannya aku rasa kucing ni tak berapa sihat.Tak aktif dan asyik tidur aje.Ada jugak sesekali terbatuk2.Dah google di iternet Kliik Haiwan Kerajaan yang berhampiran kami di Jalan Kebun Teh,JB.

Anak2 menggesa aku membela Kucing ni.Terkenang saat2 manis memelihara Miko Alfonso Pereira Abdullah dulu.Dah bela lama akhirnya kami buat keputusan yang bodoh meninggalkannya di Selayang semasa diarahkan berpindah ke JB 5 tahun lepas.Bertahun2 menangis meratapi kesedihan.Bila tiba2 Jambu (Kami beri nama baru)hadir semua jadi gembira.Apalagi Jambu manja dengan semua orang.

Yang memusykilkan ialah langsung tak mengiau Si Jambu ni.Bisu ke sakit?Aku kena cari tahu ni.Masalah lain tak nampak lagi.Makan minum macam biasa.Dah ambil alamat dan nombor yang boleh kami hubungi,aku tak risau lagi.Walaupun begitu kami masih menunggu ada yang datang menututnya.Manalah tahu kucing kesayangaan seseorang.Rindu pulak nanti tua asalnya.Buat sementara ni kamilah tuan barunya.Pengalaman membela kucing ada banyak malah dari kecil aku dah ada kucing sendiri yang kuberi ama Donna dan Julian.Harap2 kehadiran Jambu dalam hidup kami dapat mengubat kerinduan pada Miko yag entah di mana sekarang.


1 comment:

Yan Azian said...

canteknye miowwww....baru bela ye.Jambu cam dia jugak....