
Dah agak lama di blogspot ni aku rasa cam bodoh lak bercakap sorang2 tapi berlatarbelakangkan lagu kegemaran aku.....ilang rasa bosan.Makin hari makin canggih blog.Mula2 blogging simple je penampilan...ala2 wartawan menulis.Sekarang ni dah makin menarik dunia blogging.Walau pun tak ramai pengikut sebab tak aktif berblogging semenjak ada laman facebook.Berbeza dengan laman facebook blogspot ni rasanya lebih sesuai dengan yang berjiwa seni,berjiwang2,merapu2,mengasah bakat dalam bidang penulisan.Dah usia2 cam aku ni menulis pun dah tak berapa nak ikut sistem dan nahu yang betul.Main asal boleh je.Tapi anak2 zaman sekarang pun kalau di blog ambil kesempatan sepenuhnya membuat kesilapan bahasa.Kat sini takde guru2 nak marah,juri2 nak komen.Kalau ada komen sebaris dua pun datangnya dari geng2 sama kepala jadi seboleh2nya jaga ayat takut geng cabut lari.Dahlah kat blog ni susah nak menarik kawan2 datang melawat.Yang ada dalam list dijaga bagai menatang minyak yang penuh .
Aku ni menulis di blog sekadar nak luahkan rasa hati.Agak2 ada yang tak dapat dikongsi di FB aku ke sini.Yelah kat blog lebih privasi.Kalau nak cakap kasar ke,maki hamun ke di blog ygang sesepi blog aku ni selamat lagi kot?Jangan di FB...bergaduh sesaje.Aku nak kata suka FB tu berbanding blog tak jugak.Kat FB mulut kena jaga,hati kena jaga ,hujung jari pun.Dah macam2 kes berlaku di FB.tak diafikan aku pun tergolong sekali.Susahnya mengawal hari dan perasaan kawan2,maklumlah dah macam artis je kawan sampai ribu2 dalam list.Dulu aku pun tak ketinggalan.....nak jugak ramai kawan.Paling ramai mencecah 1100 orang.
Tersedar dari lamunan rupanya aku hanya insan biasa.Kawan yang ramai2 tu hanya sekadar pada nama.Entah apa tujuan nak berkawan aku pun tak berapa pasti.Agaknya apa motif yang laki2 orang dok add bini2 orang,mak2 janda,anak2 dara,budak2 sekolah..ishk..ishk..ishk..cam ngarut je.Ada satu kes sorang kawan aku ni buat perangai,dah mula menabur fitnah,hasad dengki,tamak haloba,cemburu buta akhirnya aku ambil keputusan mendadak mengeluarkan hampir 800 orang.Selepas tu segala tawaran untuk berkawan dan menerima kawan aku tapis sehabis mungkin.
Bahaya di FB boleh kumpul pengikut,dari kawan biasa menjadi kumpulan.Bila ada perselisehan faham mulalah kegiatan sindir menyindir berkumpulan.Aduh budaya mana ni????Sekarang ni agak2 dah mual dengan kerenah FBians aku lari membawa hati di blog kehidupanku.layan kemurugan diri sendiri.Ramai gak kawan2 sekepala yang sekarang ni layan blog lebih dari FB.Kusut fikiran bila dapat kawan2 yang tak sehaluan di FB tapi ada hati nak masuk senarai kawan.Entahlah layan jelah laman2 ciptaan manusia ni.agak2 dah bosan pandai2lah bahagi masa.
No comments:
Post a Comment