Anda dah CERAGEM hari ini?

Wajah2 ceria pengguna tetap terapi Katil Ajaib CERAGEM MASTER dari KOREA.

Kami dah menggunakan khidmat katil ini selama 2 tahun di Center Sri Hartamas,KL.Sekarang center tidak lagi beroperasi.Center lain di Kl ada di Kepong.Selain dari tu ada juga center di Shah Alam.Di Johor Bahru kami masih mengamalkan rawatan seluruh tubuh ini dengan khidmat PERCUMA di center Taman Molek.Hari2 bersama CERAGEM membantu kami menjaga kesihatan.Banyak penyakit yang dihidapi telah dipulihkan.Terus sihat dan ceria dengannya.

Di Center Taman Molek Johor Bahru ni aku dan suami dapat peluang buat rawatan istemewa pada hari2 yang ditetapkan.Antara yang pernah kami cuba ialah rawatan lutut.Kaedah merawat macam biasa saja pada 30 minit pertama tetapi diubah pulak kedudukan melunjur utuk menumpukan rawatan pada bahagian lutut.Memang selesa...tiada lagi rasa ketat2 pada lutut.Alhamdulillah kami dapat bergerak laju menaiki tangga center yang terletak di tingakat 3 .


Minggu lepas tak dapat buat rawatan Ceragem penuh seminggu.Kupon untuk cabutan bertuah yang aku dan suami kumpul tak boleh ditebus pulak kerana center dah kehabisan kupon dan tiket.Sepatutnya kami dapat 10 tiket minggu ni tapi kerana tak hadir penuh minggu lepas tak berpeluang menambah jumlah tiket.Berebut2 pengguna2 di JB mengumpul tiket semata2 nakkan hadiah katil percuma.Siapa yang tak nak pulak!!!Aku dan suami baru menempatkan masing2 sebanyak 2 tiket je....ade ke peluang nak katil tu?Mana tahu nasib menyebelahi kami.Redha je..yang penting dah berusaha datang sekerap yang mungkin.

Seragam putih memudahkan cahaya ifra merah menyerap masuk ke tubuh.Sekilas pandang seolah2 pekerja2 di hospital.Namun masih ramai yang tidak memahami ...ada yang macam nak ke pasaraya membeli belah.Terpulanglah...kalau mahukan hasil yang maksimum ikutlah peraturan yag ditetapkan.Berbaju dan seluar putih,bawa cadar dan selimut sendiri.Cadar bagi mengelak kekotoran.Ramai yang berpeluh selepas rawatan.Manakala selimut untuk memerangkap haba supaya berada disekitar tubuh kita semasa rawatan.Aku akur dengan peraturan ini untuk kebaikan diri sendiri.

Tujuan asal kami pun bukanlah hanya nakkan katil percuma...kesihatan yag berkekalan itu yang utama,Semenjak buat terapi ni di KL lagi kami makin sukakan dan serasipulak menggunakannya.Cuma rezeki untuk memiliki satu di rumah belum tercapai.Al maklumlah...harga yang tinggi sedangkan kami ni berpendapatan sederhana ajeSelagi ada peluang rawatan percuma apalagi rebutlah peluang.Kebettulan pulak En.Bard dah pun berpencen,dapatlah hari2 ke Center Taman Molek,JB ni.Masalah masa tu kenalah disesuaikan dengan jadual anak2 balik sekolah.Tak dapat peluang mengurut sebelah pagi,sebelah tengahari pun jadilah...asal dapat!!!Sesi pagi kami kejar pada hari sabtu je tapi beraturlah depan Butik Avon dan Coway kat Taman Molek ni.



Hari ni nak rebut rawatan 3 bola.Dah berpeluag buat 3 kali tapi masih ingin buat lagi.Kebaikan rawatan ni adalah untuk merawat bhgian yag berkaitan dengan sistem penghadaman seperti sembelit,buasir,kitaran haid tidak betul dan segala masalah yang bersangkut paut dengan organ sexual jugak iatu kelenjar prosatat dan masalah rahim.Kali pertama buat reaksi penyembuhan yang timbul buang angin yang kerap,kencing bertukar keruh,buang air besar lawas,Sangat2 menakjubkan.Walaupaun agak sukar menahan kepanasan masa rawatan selama setengah jam namun hasilnya amat memuaskan hati.Setiap hari Rabu pasti tak lepaskan peluang!!!!


Selamat menjaga kesihatan semua!!!!






No comments: