SAHABAT



Sahabatku adalah tetesan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan

Sahabatku adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan

Sahabatku adalah pohon rindang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian

Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang dirinya

Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran

Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jengkal bumi yang berdebu menahun
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian

Sahabatku adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan

Wahai burung duta suara
ceritakanlah kepadaku tentang kehadirannya

3 comments:

kakcik Zieta said...

buat semua sahabat2ku...

simplespecial said...

"Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship"

Aku tidak dapat memberikan penyelesaian untuk semua masalah hidup, keraguan,

atau ketakutan. Tapi aku bisa mendengar kamu, dan bersama-sama kita akan

mencari jawapan.

Aku tidak boleh mengubah masa lalu kamu dengan semua sakit hati itu dan rasa sakit,

atau masa depan dengan cerita-cerita yang tak terhitung nya.Tapi aku bisa berada di sana sekarang ketika kamu memerlukan aku untuk peduli.



Aku tidak boleh menjaga kaki kamu daripada sandungan.

Aku hanya boleh menawarkan tanganku bahawa kamu mungkin pegang dan tidak jatuh,

kegembiraan kamu, kemenangan, kejayaan, dan kebahagiaan bukan milikku;

Namun, Aku kan berkongsi dalam tawa kamu.



keputusan kamu dalam hidup adalah bukan milikku untuk membuat, atau untuk mengolah;

Aku hanya boleh menyokong kamu, mendorong kamu,

dan membantu kamu apabila kamu memerlukanku.



Aku tidak boleh menghalang kamu jatuh jauh dari persahabatan,

dari nilai-nilai kamu, dari aku.

Aku hanya bisa berdoa untuk kamu, berbicara dengan kamu dan menunggu untuk kamu.



Aku tidak boleh memberikan batas-batas yang telah aku tentukan untuk kamu,

Tapi aku boleh memberi kamu ruang untuk perubahan, ruang untuk tumbuh,

ruang untuk menjadi diri sendiri.



Aku tidak boleh menjaga hati kamu daripada melanggar dan menyakiti,

Tapi aku boleh menangis dengan kamu dan membantu kamu mengambil potongan-potongan

dan menempatkan kamu kembali pada tempatnya.



Aku tidak boleh mengatakan siapa kamu.

Aku hanya bisa menghormatimu dan menjadi sahabatmu

Cikgu Ani said...

Salam sahabat...
Zieta, suratan atau kebetulan? Background blog awk sama dengan background saya. I like! he2! Follow me juga ya!