Menantu..Mertua!!!!!Bilalah nak hidup berkasih sayang?????


Tanggapan ibu mertua pada menantu....selalunya serong.Dah banyak berlaku dalam drama2 tempatan.Bila ada ibu mertua adalah watak menantu yang dibenci.Semakin meluat dengan isu2 remeh temeh seperti ini.Entah apa yang dicari memenuhi citarasa pun tak dapat di duga.Tak pasal2 tanpa alasan tak sukakan menantu.Padahal belum pun diberi peluang menunjukkan bakat2 yang ada.Kalau kedatangan tidak disambut dengan senyuman apa pula tanggapan orang yang baru melangkah ke dunia baru.Dunia yang asing bagi seseorang itu.Bukankah berkahwin untuk membina keluarga atas bantuan keluarga yang sedia ada????Kali pertama bertemu seharusnya sambutan yang diberi secara tangan terbuka bukannya penghinaan.Tak suka seseorang kerana taraf kehidupan yang tak sama.Tak logik dan bosan dengan semua ni.KLISHE!!!!Entah bila situasi ini akan berakhir.Tak boleh ke hidup berkasih sayang?Kalau kita sayangkan orang,,,,orang pun mudah menyayangi kita.Ini tidak,,,,mula2 dimaki hamun.Selepas sebulan dua bolehke perasaan tadi bertukar menjadi sayang.Bertambah lama bertambah meluat adalah.
Bila bertambah pulak menantu bertambah pulak perasaan lain.Membeza2kan menantu.Semakin ramai sepatutnya semakin meriah.Dah mula pulak cari bab menantu mana yang baik,jahat...tambah parah kehidupan bekeluarga.Mula2 nak hadap kerenah Mak Mertua,kena pulak hadap perangai biras2.Tak berkesudahanlah.Perasaan menantu2 sesama menantu pulak bertembung.Tak cerialah hidup bekeluarga.Apalagi bila anak2 hadir dalam pertembungan ini.
Aku bertekad bila bergelar mertua nanti takkan campur urusan rumahtangga anak2.Menjauhkan jurang aje.......dah tua2 kenalah pandai bawa diri.Bukan orang muda je kena hormat orang yang lebih tua.Biarlah anak2 tentukan masadepan masing2.Biar anak2 pilih siapa pun suami atau isteri masing2.kalau India,Indialah menantu aku...Vanakam!!Kalau Cina..Cinalah,teringat Baim Wong bila tengok menantu aku.Kalau Mat Salleh bolehlah aku sajikan hotcakes pagi2.Kalau korea...makanlah Ikan Mentah ye.....suka hatilah.Layari kehidupan ikut citarasa sendiri.Kan bahagia bila macam2 adat budaya,cara masakan,bahasa dalam satu keluarga?Ini tidak.....sama melayu,sama bahasa,sama makan...nak berperang.Mertua versus Menantu betol!!!

1 comment: