Lu..lu..gua..gua..ada aku kesah?????



Petang tadi anakku berseliseh dengan jiran tingkat atas.Bukannya nak bertegur sapa malah merengus "hishhhh..budak ni!!!!"Siap mencemik2 muka lagi.Dah tinggal berjiran selama 5 tahun.Sejak mula kami indah ke sini,tiada senyuman yang dilemparkan.Jadi pelik kami dengan sikap orang2 blok kami.Tak suka dengan kehadiran jiran baru atau tak suka kerana kami datang dari bandar besar Kuala Lumpur???Semacam ada jurang yang memisahkan antara kami.Mata2 yang memandang seolah2 kami ni baru turun dari planet Zuhal.
Tahun pertama,kedua kami birakan saja situasi ni dengan anggapan.....mungkin kami orang baru dan belum biasa.tahun ketiga dah mula nampak belang masing2.Sikap berkroni2 memang memualkan tekakku.Bila ada jamuan tertentu hanya orang2tertentu saja yang sibuk menguruskan itu ini.Kehadiran orang2 baru jelas melukut tepi gantang.Kami faham mereka dah berbelas tahun berjiran tapi apa salahnya ada seorang lagi teman baru yang dapat berkongsi kemahiran,pengalaman...tentunya ada banyak perkara yang ingin diketahui.Dalam kata lain berkenal2 rapat lagi.Tiada usaha langsung ke arah ini.
5 tahun berlalu aku dan anak2 dah mula tak ambil pot dengan sikap jiran tetangga.Biarlah apa pun tomahan dan kata nista yang kami dengar tak langsug meinggalkan kudis.Mulai sekarang kami akan buat hal kami.Jangan ada mulut yang gatal menghenyut2kan mucung ke arah kami.kalau nak menari bersama kami sahut cabaran ......ikot rentak apa yang dimainkan.Entah bila nak ubah sikap...lu..lu..gua gua ni!!!!!

1 comment:

kakcik Zieta said...

nyampah bear dah dok blok kami ni......