Lubuk Timah.....jom mandi manda!!

En.Bard berlatarkan pemandangan indah,bukit bukau....

Dua dara pingitan.......

Air jernih,ada ikan......

Hijau,damai suasana bukit bukau!!!

Aku dan ibu mertuaku.......

batu keras tampak hidup......

Sang Monyet bergayut di tali menanti sumbangan makanan pengunjung.....

Dapat makan...Mak bagi kuih Apam beras.....

Kolam air panas bersebelahan sungai.....

kreatif jugak bila tayar dikitar semula penggunaannya.....

Indah,dingin air sungai yang mengalir laju....

Uncle tak lepaskan peluang mandi air panas....

Dah lama tak mandi sungai.Dapat balik kampung tak lepaskan peluang mandi di Lubuk Timah.Terletak di sekitar Simpang Pulai,jalan nak ke Cameron Highland.Walaupun agak terpencil,jauh dari jalanraya besar namun ramai juga yang biasa dengan tempat perkelahan ini.Kalau hari 2 cuti perayaan,sabtu dan minggu penduduk setempat bertumpu di sini.
Apa yang unik di sini....air sungai yang jernih dan deras,sejuk pula sebaris dengan telaga air panas yang sangat panas.Bolehlah pilih nak mandi air sejuk ke panas.Terdapat sebuah kolam yang paling panas dan dijaring untuk menjaga keselamatan awam.Mujurlah hari ni tak ramai yang berkunjung.Walaupun tak mandi...aku sempat merendam kaki untuk tujuan kesihatan.Anak,suami dan mertua mandi sakan.
Tempat ni berpotensi menarik pelancong dari luar.Sekiranya diambil langkah membaikpulih kawasan lebih ramai yang akan berkunjung di sini.Suasana persekitarannya amat mendamaikan.Sesuai untuk mengadakan jamuan BBQ keluarga.Pernah juga kami berkelah beramai2 dengan adik beradik,membina khemah,bakar ikan,mandi manda dan adakan acara mini sukaneka.Memang menyeronokkan.Hari ni kami cuma datang 2 kereta.Ada 2 keluarga yang turut mandi manda selain kami.Belum ada peniaga makanan di sini.Mungkin tak ramai lagi yang tahu kewujudan tempat ini.Bagi kami lubuk Timah menjadi pilihan kerana kedamaiannya,kehijauan dan kebersihannya.
Akan pastikan kehadiran kami untuk lainkalinya di sini lagi.Sempat rakamkan kerenah 2 ekor monyet yang mengejar2 kami untuk dapatkan makanan.Nampak jinak dan tak takut dengan manusia.Hutan pun masih tidak diterokai lagi.Hijau saujana mata memandang.Sebaris ayat.....puas dan tenang fikiran. Tunggu kami lagi......

1 comment: