
kucoret satu kisah.Kisah lalu tentang persahabatan.Dua jiwa yang kini terluka.Benar apa yang dikata segala yang namanya pertemuan itu pastinya berakhir dengan perpisahan.Rambut sama hitam namun hati tetap tidak sama rasa.Pada awalnya semua berjalan lancar.Perhubungan kian erat dari hari ke hari.Masing2 saling memahami.Dalam masa yang sama segala rasa dikongsi bersama.
Perbezaan taraf hidup langsung bukan menjadi halangan.Rasa kasih pada sahabat yang mengalami tekanan dalam hidup menambah mesra perhubungan.Hinggakan rahsiamu tidak lagi menjadi rahsiamu malah rahsia kita.Ada kebaikan dan keburukan situasi ini.
Masuk campur orang ketiga menjadi punca perbalahan.Bukan mudah menjaga hati.Apalagi hati yang kian rapuh.Sedikit dugaan tidak mampu menampung beratnya keraguan.Masalah tidak terlerai ,kekusutan pula yang bertimpa-timpa.Langsung tiada alasan kukuh tuduhan khianat dilemparkan.Salah faham dan hasutan keliling menjadi- jadi.Tidak mampu untuk menolak malang berpanjangan,akhirnya pasrah dengan permainan.
Seringkali hati dibelenggu persoalan....di mana jalan penyelesaian.Masih kabur dan tidak kelihatan satu gambaran.Biar apa yang terjadi rasa hati ini kuat mengatakan bahawa masih tersimpan satu rasa.Ada kemungkinan rasa yang ada kini bukan lagi yag sama.Tinggal dalam perkabungan hati yang terluka.Bila rasaku bukan lagi rasamu......tiada kata putus .
1 comment:
dari sahabat buat sahabat.
Post a Comment