Al- Fatihah buat Abang Birau....





Kisah jiran lamaku.Hari ni temanku kehilangan tempat bergantung.Saat aku berbahagia menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG sekolah dapat berita mengejutkan,jiran lamaku meninggal dunia.Dah hampir 2 tahun kami tak bertemu.Semenjak Kak G berpindah dari Blok Kenanga ke Kangkar Pulai hanya 2 kali kami ke rumah baru mereka.Alhamdulillah setelah berpencen Abang Birau (kini arwah...)dah pun menyediakan rumah yang selesa buat Kak G dan anak2 mereka.Arwah sering sakit2 begitu juga Kak G yag kuhormati seperti kakakku sendiri.Mereka keluarga pertama menyambut kehadiran kami sebagai jiran baru 5 tahun yang lalu.Keramahan arwah dan isteri membuat kami tak rasa canggug sebagai orang baru.Malangnya tak lama kami berjiran.Setiap Ramadhan juadah berbuka sampai tepat jam 6.30 depan pintu rumahku.Bukan hanya bulan puasa malah setiap hari ada saja juadah kuterima.
Wang ringgit tak menjadi masalah .....sering juga menjamu kami dengan masakan yag lazat.Arwah terkenal boleh memasak dalam kuantiti yang banyak.Nasi Beriani memang pakar!!!Rindu pada nyanyian lagu2 Jawanya.....yang tak pernah aku dengar di radio.Kami anak beranak selalu menunggu arwah berkaraoke.Walau hanya beberapa bulan kenal,hubungan antara keluarga kami sangat mesra.Terkilan aku tak dapat menghadirkan diri ke upacara pengebumian arwah.langsug tak dapat menziarah jenazah kerana lewat mendapat berita.InsyAllah akan berkunjung mengucapkan takziah pada keluarga esok.Hanya bacaan Al-fatihah yang kami panjatkan mengiringi pemergian arwah.Semoga roh tenag bersemadi dan buat Kak G sekeluarga kami mohon tabahkan hati menerima ujian Allah.Kak G sekelurga masih dalam kesedihan ....kami faham situasi buat masa ini.
kenangan bersama tak mungkin kami lupa.Akan kekal dalam lipatan memori di Blok Kenanga 21.Silih berganti yang mendiami rumah yang pernah arwah duduki ...namun tak sama mereka sekeluarga.Tenanglah di sana Abang Birau.Telah sampai ke destinasi.Giliran kami bila lagi??????

1 comment:

kakcik Zieta said...

Semoga roh dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan mereka yang beriman...Aminnn.