Semalam raya Korban.Bosan je tak macam 4 tahun lepas......masa di IPD Selayang.Kat Taman Kenanga Tampoi ni blok kami sunyi je..Ramai perantau jadi masig2 ambil kesempatan balik kampung meraikanSemenjak di johor Baharu kemeriahan acara korban pagi raya dah tak kelihatan lagi.Entah kenapa blok Kenanga 21 ni pasif sangat.Mungkin tiada yang nak menggepalai bab2 korban ni.Di Selayang,semua empat2 anak aku buat Aqiqah semasa raya .Dah selesai ibadah Aqiqah mereka.Aku pulak masa kecil arwah abah dah korban sekor lembuat berkongsi 7 beradik masa di kampung.
Semalam macam tak raya je.Mujurlah ada rakan2 Universiti anak bujang aku datang beraya.Aku masak jugak sebab adik ipar janji nak datang.Jangan tidak 3 ekor ayam kami buat rendang.Ketupat semua segera.Ada jugak ketupat palastapi dalam plastik.Bau memang wangi tapi rasa tak sama yang original.Melekit2 pulak tu.Aku tetap sukakan ketupat palas berbentuk segitiga dari daun yang asli.Wanginya jugak berbeza,
Sepanjang hari menonton TV je.Nak ke rumah jiran2 ramai yang dah tinggalkan rumah.Lagipun ada kawan baik suami nak datang.Tunggu di rumah jelah.Bosan2 ke dapur buat Popiah Otak2.Dah 2-3 kali menggoreng.Makan panas2 memang laju.Tengahari sikit kepala pulak rasa pening2,tidur kejap.Bangun2 perut pulak lapar.Makan ketupat tak sama kenyang sepinggan nasi.Anak bungsu aku Yanie memang tak suka makan ketupat jadi adalah kawan yang lapar nasi.Rendang pagi tadi ada tinggal 3-4 ketul.Masak sikit lagi rendang saki baki ayam yang aku tinggalkan kononnya nak buat sup.Tak jadi sup jadi rendang pulak.Goreng ikan terubuk masin buah tangan kawan sekerja suami yang baru balik dari Sarawak.Berselera makan anak beranak.
Petang sikit baru adik ipar datang.Cuaca lembab dari pagi buat semua malas keluar rumah.Aku sempat goreng Mee Mamak sebelum Arbaayah ,Zali dan anak2 datang.Sedap pulak bila makan ramai2 padahal baru je makan nasi beberapa jam sebelum tadi.Meraikan tetamu......makanlah lagi.Bersembang2 dah maghrib sembahyang sama2 sebelum adik balik ke Johor Jaya.
Satu hari di hari raya.....yang menggembirakan aku dapat dengar suara kakak2 aku melalui talian talipon.Tak dapat bersama denagar suara pon jadilah.Kalau kami berpindah ke tempat baru nanti nak buat jamuan makan dan panggil semua adik beradik datang.Tentu jadi gempak macam pertemuan yang lepas2.

No comments:
Post a Comment