Cuti sekolah.

        Dah mula cuti akhir penggal.Tak ada rancangan untuk waktu terdekat.banyak hal yang  nak diruskan di JB ni.En.Bard belom boleh ambil cuti.Simpan untuk Family Day Haji.Daud.Nak ambil 2 minggu hinggalah ke tarikh mendaftar Along sambung belajar di UITM,Bkt.Mertajam,Pulau Pinang.Dah lama benar Along berehat dari belajar.Lepas PASUM,kerja sementara di Marry Brown ,Palza Angsana dan Giant,Tampoi.Dapat jugak pengalaman bekerja.Dapat jugak rakan2 baru.Dapat jugak ambil lesen kereta dengan duit hasil titik peluh sendiri.27hb,Disember tarikh keramat Along bakal bergelar Siswa IPTA.Doa restu dari kami sekeluarga.
       Disamping bosan dengan rehat yang banyak kerana anak2 tak ke sekolah,aku sedang berfikir2 samada nak berpindah ke rumah baru di Seri Alam ke tidak?Kalau lambat sangat arahan berpindah agak menyukarkan kami jugak.Nak uruskan pertukaran anak2 sekolah lagi.Nak pack barang2 lagi...tapi tak banyak barang yang nak dibawa pindah.Sehari dua ni masih banyak masa terluang lagi.
       Minggu ni Along test JPJ.Harap2 lulus,tak payahlah tambah RM lagi untuk dapatkan lesen kereta.Bila dah ada lesen senang sikit.Dah boleh bantu aku memandu jauh2.Mata dah usia2 ni agak kurang jelas pandangan.Kalau cuaca ok tak apalah,bila hujan lebat mulalah gelabah.Bila malam pon masalah jugak.Silau dek lampu kereta jalan bertentangan arah.Doa jelah Along lulus Khamis nanti.
       Bulan depan baru boleh plan nak bercuti ke mana.tahun lepas kami ke Langkawi tapi rasanya tahun ni dalam negara lagi.alang2 ke Pulau Pinang,cari homestay dan habiskan masa dengan keluarga.Nak jugak ke Bukit Bendera lagi makan Laksa Penang..Tak sewa homestay pon rumah adik ipar ada,tinggal sorang je.Memang suka sangat ada family berkunjung.Mak yan akan sibuk nak bawa berjalan2,mandi laut,ke Pesta Pulau Pinang.dah lama jugak tak ke sana.Nantilah baru plan bagus2,sekarang ni masih banyak benda yang nak di selesaikan.

No comments: