Homestay Casarita, Buntong,Ipoh,Perak.


Lokasi Homestay kira2 2km dari pusat Bandaraya Ipoh,Perak.Rumah sebuah milik kami ini sudah berusia 20 tahun.Walaupun begitu masih dalam kondisi yang elok atas jagaan rapi.Mempunyai 2 ruang rehat yang luas .Lengkap dengan perabut asas rumah seperti meja makan untuk 6 orang,sofa dan meja makan untuk 4 orang di bahagian dapur.Peralatan memasak seperti kuali,periuk,pinggan mangkuk serta keperluan lain sedia digunakan.Dapur memasak 2 tungku serta tabung gas juga ada.Kesemua barangan tersebut boleh digunakan secara percuma.Terdapat juga set BBQ untuk kegunaan semua.
Homestay kami ada 2 buah bilik tidur.Bilik tidur utama mempunyai sebuah katil bersaiz double.Tetingkat pakaian.Meja solek dan kipas.Sejadah disediakan.Sebuah bilik lagi mempunyai sebuah tilam double (Japanese style) ,2 buah toto,bantal extra,selimut,buaian bayi,radio dan sebuah kipasSebuah peti TV dan sofa rehat di ruang sebelah atas.
Harga untuk semalam RM150 .Hanya untuk keluarga muslim.Pakej sarapan pagi dan menu boleh dirunding sekiranya diperlukan.
Homestay Casarita ini sesuai untuk rombongan pengantin bertanggak,majlis pertunangan,mesyuarat,family day,bengkel dan sebagainya.Kawasan kejiranan yang mesra dengan kemudahan Masjid berdekatan.
Antara tempat2 menarik sekitar Bandaraya Ipoh yang boleh dilawati ialah Gua Tempurung,The lost World Of Tambun,Temple Sam Po Tong,Gerbang Malam,Memory Lane dan tempat perkelahan Air Terjun Lubuk Timah..Pasaraya yang berhampiran seperti The Store,Econsave,Ipoh Parade,Greentown Mall juga mudah dikunjungi.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Rozita Dollah di talian 0127285842 dan Encik.Ahmad Badrisham Daud 0126942024.

No comments: