Dah lama betul tak menulis kat blog.Ari2 sibuk ngan kengkawan kat FB hinggakan dah hampir lupa pada blog.Malam ni ada masa terluang...jadik amek peluang mengetuk papan kekunci yang dah hampir nak pupus hurufnya.Mata masih tak ngantu.Sebenornya ati yang tak membenarkam mata lelap sebab panas dengan kejadian petang tadi.Musim cuti sekolah ni...anak2 takde aktiviti sangat....dok melepak main kat depan rumah.Bila dah kumpul ramai2 mulalah ada salah faham.Yang jadi mangsa Akulah....Mak...sape lagi...
Ada 2 orang jiran datang memarahi anak2 yang bermain di hadapan rumahku sebab menconteng dinding rumah kosong di sebelah rumah.Bile suara kuat mereka mengganggu pendengaranku...aku keluar untuk pastikan apa yang berlaku.Panaslah bila dapat tahu anak2 mereka pun sama buat perkara itu.Yang datang melaung cam gergasi tu kenapa?Dah dapat kepastian dari anak2 baru aku buat keputusan.Jiran2 yang naik hangin tadi suruh kami cat semula.Tak jadi masalah pada aku bab mengecat ni.Lepas maghrib aku memulakan tugas sambil marah2.tak berani menjenggolkan muka keluar satu umat pun.Asa yang lain bertanya hal....aku lepaskan apa yang terbuku.Yang penting....rumah dah dicat secantik mungkin.Sempat aku sms pada yang mengamok siang tadi supaya awasi anak2nya jangan sampai dinding yang baru kucat bercalar.

No comments:
Post a Comment