Wadi Unung
Wadi Unung...tajuk drama bersiri terbaru yang aku ikut dari hari isnin hingga khamis.Agak baru disiarkan....belum pun sampai 15 episod.Cerita nya sangat menarik.Jalan cerita seakan imbas kembali zaman anak2ku.Aku jadi tersentuh dengan rentetan gambaran semasa Fatihah dan Azrin di kawsan permainan dikampung yang dinamakan Wadi Unung....sebuah teratak di lembah gunung.Walaupun kampungku tidak terletak di lembah gunung tapi relung sawah padi yang terbentang luas agak similar.Aku rindu pada rumah pokok yang abah bina atas pokok rambutan besar di belakang rumah.Disitu aku bermain,menyorok dan kadangkala tertidur bila keletihan bermain.Watak- watak dalam Wadi Unung lebih kurang sama.Sahabat baikku Zarina...jugak aku panggil Rin.....dimana die sekarang?????Yang lelaki...Wan,Wahab dan Dollah...dimana juga mereka.Kutinggalkan kampung laman sejak remaja.Bila sekarang aku melangkah lagi ke desa itu ...tidak seorang pun yang ketemui.Bila drama ini disiarkan aku dibuai nostalgia....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Dah jumpe sahabat lame menghilang...zarina haroun.tak sabar bertentang mate..
Post a Comment