Merdeka 52 tahun
Hari Merdeka tahun ni disambut dalam bulan puasa.Tiada sambutan langsung di kawasan kediaman kami.Yang meriah cuma kemegahan Jalur Gemilang berkibar .hampir semua rumah memasang bendera tahun ni.Aku tumpang seronok kerana aku orang pertama mengibarkan bendera di anjung kediaman kami.Sebulan sebelum menyambut MERDEKA aku da bersedia dengan bendera kemegahan rakyat Malaysia.Walau memakai bendera yang sama sejak tahun lepas lagi tapi warna dan struktur kainnya tetap kukuh sekukuh perasaan patriotikku bila sebut soal negara.Kalau beberapa tahun lepas aku dan keluarga ketika itu menetap di Kuala Lumpur....sambutan orang Kl memang hebat.Kami tak lepaskan peluang sama-sama menunggu count down untuk melihat bandaraya Kl bermandi cahaya.Nun dari atas Bukit Rawang..........banyak kenderaan berderet ....masing-masing dengan HP dan camera ditangan untuk merakam pemandangan yang indahMalam Merdeka.Tahun lepas kami di Danga Bay.Meriah juga ....jalan jam.Ramai berpusu-pusu nak tengok...Bunga Api!!!!Di mana-mana pun Malaysia dah merdeka 52 tahun .Semoga Malaysia kekal makmur.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment