Black Pearl CoolBlog



KONTROVERSI BLACK PEARL AKHIRNYA TERJAWAB:
COOLBLOG DISAHKAN BEBAS DARI ASID MALEIK

Baru2 ini Dunia  mengembar-gemburkan soal Black Pearl ( Buuble )kerana terdapat Asid Maleik yang boleh merosakkan buah pinggang jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan pada jangka panjang.Lebih dari 100  jenama diambil sample untuk diuji.

Coolblog tidak terkecuali dari prosidur ini.Kami akur dan merealak produk kami untuk diuji.Penjualan Bubble walaubagaimana pun masih seperti sediakala.Ada juga pelanggan yang resah dan ada juga yang mempercayai produk kami 100% bebas dari sebarang asid.. UJIAN DI  TAIWAN TELAH LAMA MEMBUKTIKAN PRODUK KAMI BEBAS DARI ASID MALEIK.








Oleh itu kami memohon para pelanggan meneruskan mengambil Black pearl kami TANPA WAS -WAS!!!

biar gambar2 menceritakan segala2nya.......

1 Mei esok!!!Cuti Hari Buruh namun staff2 kami di CoolBlog Giant SunwayCity,Ipoh tetap menghulurkan senyuman kepada pelanggan semua.Kiosk beroperasi seperti biasa bermula dari jam 10 pagi hinggalah ke 10 malamnya.3 orang staff kami yang berwibawa akan melayani permintaan anda dengan blog2 kegemaran yg diminta.yang terbaru di kiosk dan mendapat sambutan hangat ialah Teh Tarik Blog.dengan harga cuma RM.2.80 tanpa bubble.Kami juga memperkenalan jelly coffee yang baru.Sangat2 sesuai ditambah bersama Teh Tarik  Blog walaupun dari satu bahan yg berlainan.Kopi dan Teh bersatu di sini.



senyuman manis Boss,anak Boss,staff di kosk menambah keceriaan bekerja.TQ Balqis yang telah membantu kami selama 2 bulan.Cuti sem dimanfaatkan dengan menimba pengalaman di CoolBlog.Ramah tamah,berbudi bahasa dan sentiasa melayani pelanggan dengan senyuman.Malangnya tak dapat turut sama pertandingan Senyum yg bakal berlangsung.Kami di kiosk takkan lupakan senyuman indah anda.Di masa akan datang bila2 ada masa lapang silalah buat partime di siniKami semua mengalu2kan anda.Selamat maju jaya dalam bidang pelajaran BalQis!!!


Salam ceria hari Khamis Coolblogians!!!

Dah lama meninggalkan blog ni.Mulai hari ni admin janji akan terus update yang terkini tentang CoolBlog masih memerlukan tenaga pekerja selaku pembantu kiosk di SunwayCity.Kepada yang terbaca nota ini harap dipanjangkan ye.Boleh hubungi Encik.Sham di talian 0126942024 atau boleh tinggalkan resume anda di kiosk .Amat sukar mencari staff yang benar2 ingin bekerja tetap.Kami tidak keberatan menerima mereka yang berusia lebih 25 tahun jugak.Ibu tunggal yang berusia sekitar 35 tahun juga boleh diterima bekerja.Asalkan sanggup bekerja mulai jam 10 pagi hinggalah ke 10 malam.Rehat diberikan ikut keselesaan staff.Kami di sini tidak memerlukan staff yang ramai.3 orang staff tetap dan seorang staff partime sudah memadai.Hujung minggu yang bizi kami perlu bantuan staff partime.Buat masa ni tak menjadi masalah.Ada 3 orang staff partime bergilir2 membantu pada bila2 masa kami perlukan.




Bila staff partime dan permanent berkumpul 4 orang dalam kiosk riuh rendah jadinya tapi meriah.Sales pun mendadak naik.Alhamdulillah berkat kerjasama staff semua.Kebanyakkan mereka bekerja sementara menunggu keputusan SPM,STPM dan ada juga menanti masa menyambung ke peringkat IPTA,IPTS.Walaupun staff partime kami ambil 2 orang lelaki anak2 gadis CoolBlog yang manis2 ini dapat menyesuaikan diri.Berkawan baik dan saling membantu.

Kepada anda yang berminat menyertai kami silalah ke kiosk mendapatkan maklumat terkini.Kami di pihak pengurusan mengucapkan jutaan terimakaseh pada yang terlibat menaikkan jualan samada staff,family dan juga pelanggan.Terus menerus menyokong kami dan kami janjikan perkhidmatan yang TERBAIK!!!!






SENYUMlah walau apa pun yang terjadi!!!!
1.senyum tersenggeh hingga meampakkan barisan gigi - bila kita benar2 rasa gembira yang terlampau hinggakan tak mampu menyorokkannya lagi.Senyuman ni  benar2 ikhlas dan spontan.
2.senyum pura2 -bila dilanda masalah sukar bagi kita menguntum senyuman.Airmuka nampak suram dan tidak berusaha menolak bibir atas dan bawah ke tepi walau se hun pun.Berpura2 hasilnya GAGAL!!!
3.senyum comel - terukir manis bibir dan nampak sangat2 comel tak kira bagaimana rupa paras sesorang.Kalau boleh senyum ni kekalkan semampunya.Selalunya senyum ni banyak pada pasangan yang dilamun cinta.
4.senyum sinis - senget sikit je ...itu yang termampu dibuat oleh bibir kerana hati tak mengizinkan.Senyum yang sangat2 kosong dan tawar hambar.Seakan2 mengejek pun iye...tak menerbitkan keindahan kecuali rasa menyampah
5.senyum lebar - hingga mencecah ke telinga.Bila nampak sesuatu yang tak masok akal cepat2 bibir memanjang ke tepi kiri dan kanan.Bahagia sangat pemilik senyuman ni.yang ni ikhlas ke tak tak dapat dijawab.Bila ambil gambar ramai yg suka senyuman ni....nampak ceria sangat.Ada jugak yang pilih senyuman yang melopong...hahaha yang ni budak2 sekarang suka sangat.Say cheese...say o...lawak pulak senyum ni.
6.senyum muka itek- ni yang terbaru....tak perlu kata apa2 senyum....tak comel pun..

Dah cerita pasal senyum tu apa lagi senyumlah!!!
kalau ke kiosk CoolBlog Pink/Purple tu pelanggan semua senyum dulu baru order.Bila staff tak balas senyuman call number ni  0126942024...mesti dapat....senyum yang dipaksa2 kan siksa...Admin saja nak cakap pasal senyum kerana 2013 yang bakal tiba ni kami nak jadikan tahun penuh senyuman di kiosk kami.Staff2 baru mula bekerja....bantu mereka menguntum senyum semanis mungkin ok???Jangan lupa senyuman mesti semanis COOLBLOG!!!!

ERA BARU 2013

1.Mempertingkatkan mutu kerja di kalangan Staff dan pihak pengurusan.
2.Mengemaskini agenda2 tertangguh.
3.Menukar waktu bekerja.
4.Pekerja2 baru dengan motivasi baru.
5.Menandatangani perjanjian baru bersama pihak pasaraya Giant Tambun.

Menuju ke arah yang lebih baik,pelbagai usaha kami cuba lakukan untuk memastikan CoolBlog Giant SunwayCity ,Ipoh masih berdiri kukuh.Dengan sokongan para pelanggan kami akan memberi khidmat terbaik kepada semua.






 kepada pelanggan kami semua teruskan menyokong kami dan bolehlah bermula dengan email ke etabinajaya@yahoo.com untuk sama2 merealisaikan impian kami.Terimaksih berjuta pada semua.Jumpa kami di tahun baru dengan imej baru.                                            



PROMOSI TERBARU KAMI :

Dapatkan segera mulai 1/12/2012 hingga penghujung bulan ni.Anda jimat dan mendapat kepuasan berganda.Kepada penggemar HAPPY BLOG jangan lepaskan peluang ini.Kami di Giant SunwayCity Ipoh sentiasa menawarkan sesuatu yg baru kepada pelanggan.Ayuh ke foodcourt dan terus ke kiosk PINK/PURPLE!!!!!!Sempena cuti sekolah pengunjung pasaraya Giant akan singgah ke kiosk ini untuk melepaskan dahaga selepas berbelanja .Anak2 dibawa membeli belah sambil menikmati kesegaran COOLBLOG.HAPPY BLOG khusus untuk anak2 dan para ibubapa juga  mendapat habuan.Pilihlah perisa kegemaran anda.Jom ramai2  ke kiosk .....staff kami yang ceria akan melayani anda dengan senyuman.

Terimakasih daun keladi
sudi hadir dan membeli
beli satu HAPPY BLOG kami
anda dapat satu Fruitti
MARI....MARI...MARI!!!!!!


Heliza Helmi Duta CoolBlog
kemeriahan waktu makan tengahari di Foodcourt Giant

berbaris untuk menikmati kesegaran minuman CoolBlog

bergambar depan kiosk

closing @ 1030 pm

kami juga menyediakan perkhidmatan DELIVERY

coklat blog yang digilai ramai

batch pertama CoolBlog Giant SunwayCity Ipoh

perisa terbaru!!!!

minumana yg disahkan HALAL




Staff pertama yg bergelar Raja Sehari

Anak angkat pemilik kiosk

makan malam bersama staff

McDonald Tambun pilihan staff

Ira yang dah berkhidmat lama dan cekap

McD

Siti Saudah Staff senior kami yg ceria selalu

Seri Pengantin Baru

 Beautiful Tomorrow Never Comes, When It Comes It's Already Today! In Hunt Of Beautiful Tomorrow, Lets Not Waste The Wonderful Today. Good morning Coolblogians.All the best n enjoy your life!!!!Do not wait for another SUNDAY :).


Grapefruit perisa terbaru di kiosk kami!!!!!

Rasa segar dan nyaman pada penggemar Oren di Malaysia..Selain Oren,Lime,Lemon,Passion Fruit,pineapple,kiwi fruit ,soursop dan segala yang berasa masam.....para pelaanggan boleh menikmati sesuatu yang baru di semua kosk CoolBlog iaitu Grapefruit.Rasa unik dan menggamit selera pelanggan ditambah kerangupan bubble semulajadi kami.Silalah berkunjung ke CoolBlog Giant Sunwaycity ,Tambun segera.Apalagi di musim cuti sekolah sekarang.Cuaca panas terik amat sesuai menikmati Grapefruit dalam pelbagai pilihan tersendiri seperti Jus Segar,IceBlended,Smoothies dan Milkshakes.Harga yg ditawar adelah berpatutan.Serendah RM 1.80 hinggalah ke RM.3.50 tanpa bubble/jelly.Kami menunggu anda dengan senyuman di kiosk merah jambu/ungu .Cik Heliza Helmi pun tesenyum memerhati........silalah!!!


Salam CoolBlogians.....


Lamanya tak update blog ni.Admin tak banyak masa untuk menulis.Tak banyak perkembangan terbaru CoolBlog Giant Sunway City Ipoh.Baru2 ni kami menyambut kedatangan pekerja2 baru,2 orang yang sanggup berkerja tetap bersama Ira dan Siti yang lebih senior.Kami juga tak lupakan pekerja lama kami yang setia satu2nya pekerja lelaki  kami Muhammad Amsyar.Kepada Haida dan Hawa selamat menempuh cabaran di CoolBlog.Walaupun baru bekerja dengan kami suuah pun dapat menyesuaikan diri.Cekap dan tangkas.Inilah ciri2 pekerja tetap yang kami mahukan.Ira dan Siti selaku senior telah menjalankan tugas dengan baik melatih junior mereka.Malam ni Boss nak belanja semua makan malam.


Salah seorang dari rakan facebook admin Prof.Alias kat gambar ni.Dari gambar ni dapat memotivasikan diri kami di alam perniagaan  CoolBlog untuk lebih berusaha keras dalam memajukan perniagaan kami.Berkerja dalam suasana yang HAPPY tanpa tekanan.Hidup bawah satu bumbung ,saling bantu membantu dan bertanggung jawab dalam segala hal.Kami menitik beratkan perasaan kasih mengasihi sesama rakan sekerja.Apabila semua didalam keadaan baik tiada tempat yang lebih baik selain dari kiosk KAMI untk mencari sesuap nasi.Panjatkan kesyukuran pada yang Esa.


Semenjak beroperasi 8 bulan yang lalu masyarakat di Ipoh telah dapat menerima CoolBlog sebagai minuman kegemaran ramai.Rata2 di pasaraya Giant membawa minuman ini dengan bangga ke destinasi tujuan mereka selain menikmatinya bersama hidangan di ruang  Foodcourt.kami amat berbangga.Kami akan menjaga kualiti minuman,bubble,kebersihan dan layanan yang baik kepada anda CoolBlogians sekelian.Terimkaseh atas sokongan andaSekiranya ada sebarang kemusykilan jangan ragu2 emailkan segala pandangan,komen2 anda terus ke syarikat kami di etabinajaya@ Yahoo.com.Silalah juga LIKE kami di facebook Giant Sunway City Ipoh atau ke facebook admin etazieta.Segala pandangan anda kami terima sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.

Cerita Baru di CoolBlog Giant Sunway City,Ipoh.





Salam Ceria CoolBlogians.........



Kami terima 2 pekerja baru Siti  Hawa dan Haida.Tiada pengalaman bekerja sebelum ini namun cekap dan tangkas.Dalam masa yang sama kami masih mengambil pekerja lama kami sebagai partimer bila2 masa diperlukan.Amsyar pekerja pertama kami masih membantu pada bizi hours Sabtu dan Ahad.Terimkaseh tak terhingga.Baru2 ni Hawa menghadiri kursus perkahwinan di utara tanahair senior2 dapat peluang buat overtime .Tak lama lagi bakal  ada pengantin baru di kiosk kami.Majlis berlangsung di Kedah namun kami tetap akan meraikan Hawa di kiosk selepas pulang ari bercuti kelak

Ada lagi cerita baru...........Duta Baru CoolBlog!!!!Cik Heliza Helmi bekas pelajar AF.




Heliza yang manis semanis CoolBlog!!!
Memang padan dan serasi dengan CoolBlog.Heliza juga mengiklankan di radio jenama minuman kegemaran ramai masakini.Comel dan ceria.Anda semua patut dengar!!!Semoga kehadiran Heliza dapat membantu kami mempromosikan CoolBlog untuk lebih digemari.Kalau satu hari nanti Heliza ke kiosk kami tentu GEMPAK!!!Tunggulah mana tahu ada rezeki bertemu di Tambun.Siapalah yang tak mahu bergambar dengan Helizakan????Yop2 di Ipoh tentu tak sabar menanti.


Antara pose2 menarik Heliza.

Admin harap penggemar2 CoolBlog di luar sana setia bersama kami yang satu2nya ada di Bandaraya Ipoh.Yang jauh2 tu luangkanlah masa mencari kami di Tambun.Yang bercuti di Lost World Of Tambun singgahlah.Kami berada di Food Court Giant Hypermarket.Selamat menikmati lebih dari 300 jenis minuman pilihan anda.


Surat Cinta








SURAT CINTA BUAT COOLBLOGIANS!!!!!!



Pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bandung + Cincau

bulan puasa menjelang tiba
cincau dan bandung gabung bersama
menghilangkan dahaga anda semua
cubalah rasa pasti tak lupa





a

Bandung Selasih

bandung selasih padanan hebat
buat anda di bulan rahmat
sekarang Ramadhan makin dekat
buat semua teringat2



Jagung Blog
jagung lemak manis segar
sudah terdapat di pasaran
buat mata segar bugar
jangan pulang tanpa belian


Soursop/Durian Belanda

satu lagi jangan lupakan
durian belanda segar ceria
Belanda dapat nama sakan
padahal bertapak di negara Malaysia