11/11/11 ESOK!!!!!


Esok bermula kehidupan baru.11/11/11 kami meninggalkan JB setelah 5 tahun di sini.Nostalgia 5 tahun lepas ..kami pindah dari KL disambut dengan hujan lebat..banjir.Sedih meninggalkan KL setelah 15 tahun bermastautin.Anak2 pun dah terbiasa dengan kehidupan di bandar.Mujur jugaklah Taman Kenanga,Tampoi ni tak jauh dari pusat bandaraya JB.Taklah rasa janggal.

10 perkara di JB :

1.Mula2 kami cari di JB adalah Air Terjun sebab tempat lama kami IPD Gombak di Selayang berhampiran dengan Templer Park.Jumpe Air Terjun Kota Tinggi,tak menarik hati
2.Tempat makan best....jumpe Singgah Selalu,Wak Radol mula2...
3Makanan yang tak pernah kami cuba selama ni,Otak2 kempas,Ayam Penyet,Nasi Ambang dan Bakso..sedap rupanya.
4.Berpeluang merapatkan kembali hubungan adik beradik antara kami sekeluarga dengan kakakku Kasuma di Woodlands,Singapore.Begitu jugak dengan adik iparku Arbaayah Daud yang baru berpindah dari Ipoh ke JB.Hubungan kami makin baik...
5.Jambu menggantikan Miko Alfonso kami yang ditinggalkan di KL..terubat kerinduan walaupun baru 5 bulan sebagai binatang kesayangan kami.
6.Anak2 berjaya dalam pelajaran.Aanak sulong dapat keputusan cemerlang dari sekolah TIJB,menyambung pelajaran ke UM.Anak2 dara berjaya lulus UPSR cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga.
7.5 tahun menumpang rumah kakakku Hajjah kalsom dan abang ipar Tok Sidang Haji .Setiap kali balik ke Ipoh atau ke JB akan bermalam di sini.Sekarang dah ada rumah sendiri di Taman Kelubi damai,Jasin,Melaka.
8.Seronok sangat dapat selalu balik Melaka.JB- Melakakan dekat....2 jam lebih memandu je
9.Nostalgia zaman muda2...angin Selat Tebrau mengimbau kenangan manis.Simpan dalam hati...
10.Taraf kehidupan makin berubah ..rezeki melimpah ruah di JB.Syukur alhamdulillah

Berhijrah ke JB beberapa hari selepas sambutan Maal Hijrah ....Hijrah sesungguhnya dari A- Z dalam kehidupan keluarga kami.Semoga Esok akan mencatatkan memori indah juga !!!!!

No comments: