MUKABUKU HUH!!!!!!!


Kembali di blog D`Jari Seni......
Ceria ,gembira di blogku.Tanpa ada hati2 yang kurang senang,iri,hasad,berpura2 di sini.Hanya ada ketenangan......di blog ini aku memulakan kehidupan alam maya.Meluahkan segala yag terpendam di hati,yang terbuku di rasa.Bila bersendiri jejari berlari2 di papan kekunci menzahirkan yang terpendam.Para pengikut yang tak kukenali sebahgiannya hanya dapat meneliti kisah tanpa perlu gusar memikirkan apa yang bersarang dimindaku.

Mengenali Mukabuku membuat aku mula beralih arah.Blog lama kutinggalkan.Mula berkongsi rasa pada teman2 yang entah wujud entah tidak.Terlalu sukar menjaga hati dan perasaan.Pelbagai yang pelik di mukabuku.Jumlah rakan bukan penentu.Ramai bukan bererti disukai.Sedkit jumlah namun tidak menyemakkan fikiran.Memang wajar kita pantau dan kawal setiap seorang yang ingin menjadi rakan.......tujuan dan matlamat masing2 dalam berkawan.Kadang2 menerima orang yang tidak kita kenali meninbulkan masalah akhirnya.

Berkongsi pada hakikatnya tidak!!!!Banyak benda yang harus di peribadikan.Kita tak dapat menilai perwatakan rakan.Ada 1001 macam jenis manusia di Mukabuku.Bila terjerumus dalam ikatan persahabatan kononnya kerana Allah sedangkan pada nama yang tertera di dinding masing2 telah pun nyata bukan nama dalam kad pengenalan..Penipuan di mana2....Perlukah dipertikaikan keikhlasan di Mukabuku??????Tak perlu mendabik dada,Akulah yang BENAR sedang ramai yang berpura2 disekeliling anda.Tak perlu nak ambil pot soal kejujuran di Mukabuku kerana ramai yang berMUKA2 di sini.

Sesiapa pun boleh melakukan apa saja.ada yang sanggup buka akaun 3-4 utuk mengganggu kehidupan orang lain.Pada hakikatnya adalah sia2 sedang anda juga dipermainkan.Benarkan wujud orang yang selama ni anda keji????Benarkah wujud orang yang selama ini anda kasihi?????Mukabuka sesiapapun boleh menjadi anda.Berwaspadalah agar nama yang anda agung2kan tidak bakal dipampangkan lagi buat kali ke dua atau tiga tetapi bukan anda yang mewujudkannya.

Sedarlah dengan mempersendakan oranglain ANDA dalam masa yang sama juga telah melakukan kerja BODOH!!!!Untuk tujuan suka2 bolehlah di Mukabuku tapi KEBENARANNYA hanya Allah dan pemilik akaun yang tahu.Seronoknya bermain di MUKABUKU.Bak kata rakan sekadar untuk melepaskan tension......


No comments: