7hbNovember ni kami sekeluarga nak bercuti lagi.Rancangan nak ke Seremban menghadiri majlis kenduri kawin anak sedra hampir menjadi kenyataan.Kami sekeluarga akan bergabung dengan keluarga kami di Kota Singa....nak realisasikan rancangan nak berkumpul lagi meriah macam dulu2.Dah lama benar meninggalkan upacara kekeluargaan macam ni.Raya baru ni plan kami tertunda kerana hal yang tidak dapat dielakkan membabitkan masa dan kerjaya.
Kaki Gunung Ledang bakal menyaksikan kemeriahan suasana keluarga...teringat kali terakhir berkelah dengan arwah Mak,Abah dan semua adik beradik kira 17 tahun yang lalu.Masa tu aku baru beranak 1.Akeel @ Ahmad Black berusia 5 tahun.Bahagianya masa tu ,kini dah 3 orang pergi...arwah Mak,abah dan kakak ipar kami Kak Edah.
Selepas kawin aku ikut suami tinggal di berek Polis Kg.Chin Chin ,Jasin,Melaka.Boleh dikatakan selama 8 bulan di sana setiap hari kami ke Sagil mandi manda dengan rakan2..Air terjun Sagil ni jadi kenangan manis padaku.Bibit cinta bersemi dengan yang pernah kupanggil sayang semuanya di sini.Tempat yang mendatangkan ilham seni yang menebal jiwa.Damainya kaki bukit ini menggamit memori indah2 belaka.Semuanya tersimpan di dairi hati.Yang paling indah akhirnya cinta yang luhur ketentuan Illahi membawa aku dan suamiku ke sini lagi setelah lebih dari 20 tahun meninggalkan tempat bersejarah ini.
Kami rasa pertemuan kali ni akan lebih bermakna dengan sokongan ahli keluarga dari kampung.Dah macam Mini Family Day pulak.Bukan senang nak dapat peluang macam ni bila masing2 dah ada kehidupan yang sibuk2 semuanya.Semoga impian menyatukan keluarga akan menjadi kenyataan,,,,
No comments:
Post a Comment