Hari Pekerja 2012

Meraikan Hari Pekerja  :selamat Tinggal Amsyar....

 Muhammad Amsyar  yang akan menyertai PLKN  pada 2hbMei ini.Mula menyertai kami pada awal pembukaan pada 24hbFebruari,2012.Orang pertama memohon dan merupakan pekerja yang rajin dan amanah.Pertamakali datang ditemuduga pun kami di pihak Pengurusan  dah mula menyukainya.Dapat bersama2 membangunkan Coolblog di Foodcourt Giant SunwayCity Ipoh dalam masa yang singkat dan tidak pun sempat menjadi pekerja tetap namun jasa Amsyar pada kami sangat besarWalaupun .Amsyar merupakan satu2nya staff lelaki di kiosk kami namun dia tidak berasa janggal.Pandai menyesuaikan diri dengan staff perempuan seramai 4 orang .Amsyar kami lantik sebagai pembantu In Charge kami iaitu Aima Natasha yang lebih berpengalaman.

Hari2 terakhir bersama Coolblog Am melatih staff2 baru seramai 3 orang.Segala pengalaman kerja diturunkan  pada pengganti.Kami di pihak Pengurusan terasa kehilangan.Sekiranya suatu masa nanti Am ingin kembali berkhidmat amat kami alu2kan.Kami berharap Am dapat melalui latihan Khidmat Negara dengan gembira.Selamat mengutip pengalaman baru seperti mana yang dilalui bersama Coolblog.







24hbFebruari2012 Amsyar bersama kami..
segala pengalaman berkerja kami turunkan..
mengajar erti jerih payah mencari penghidupan...
melalui saat sukar dan gembira bersamanya...
semoga tabah menghadapi masa depan...
yang lebih cerah dari apa yang kami berikan...
jasabudi dikenang sepanjang hayat...
salam penuh tulus dan kemesraan..
dari kami staff2 dan pihak pengurusan....
terimakasih Amsyar......

:(

No comments: