9/12/2011
Yong NurQasehku Olia bertandang ke rumah.Pertemuan yang tidak kami racang sebenarnya.Setelah beberapa tahun kami bercadang nak bertemu 2 mata akhirnya terkabul jua impian.Dalam keadaan rumah sedang dalam pengubahsuaian,kelam kabut sana-sini,serba kekurangan.Kelengkapan rumah pun sekadar apa yang ada saki baki kegunaan homestay selama ini.Namun keikhlasan menerima tetamu dari jauh itu yang utama.Yong pulak tak selesa kerana badan kurang sihat,dayakan jua ke teratak buruk kami.

Tiada persediaan sesempurna mana kerana padda hari yang sama kakak kesayangan kami  turut menziarah kami.Cuaca pun kurang mengizinkan kami keluar ke kedai.Terkilan jugak tak dapat menghidangkan airtangan buat tetamu.Sekadar kek pisang dan air teh kosong saja.Gembirla,malu bercampur baur.Se jam bersama Yong dan keluarga bagaikan dah bertemu sebelum ini.Bersahaja dan mesra sekali.Harapan untuk bertemu untuk kali ke dua semakin mmemuncak.Kali ini nak luangkan masa lebih lama.Banyak perkara nak dikongsi.Harapan kami agar persahabatan yang bermula di mukabuka berlanjutan ke alam realiti.


No comments: