Dah lama tak menulis.Semenjak balik Ipoh tak abis2 keje.Tiap ari ade je keje nak buat.Selagi ubahsuai rumah tak siap2 selagi tu sibuk.Ada je barang nak cari...barang2 consructionlah.Bahagian dapor 70% dah siap.Tinggal lekat tiles,pasang toilet bowl,piping dan ceiling.Wiring dah mula.Itupun nasib baik adik ipar mahir.Dengan tunjuk ajar Razak,anak bujang aku dan suami turun padang wiring dapor kami.Dah nampak rupa dapor tapi dah 4 ari Wak2 Indon ni tak masok keje.Sejak kalah bola pasukan Harimau Muda menentang Garuda baru2 ni.

Esok kami dah nak balik Melaka.28hb ade mini reunion dengan Skuad 23 Regok kat Sagil...Gunung Ledang Resort.4 ari kat Melaka.Dapatlah duduk rumah kami kat Taman Kelubi Damai.Dari sewa awal bulan 11 baru dapat tinggal 5 ari.Tak jadi nak hantar anak2 ke madrasah Al Falah,Rim sebab dah lewat mendaftar,takde tempat kosong lagi.Kalau tak dapatlah sebulan di Jasin.Apa2 pun senang dah ade tempat tinggal tetap.Bile2 ade hal di kampung tak payah susahkan akak Som.Dah lama benar menumpang tiapkali di Jasin.

Ahmad Black tak ikut sama.Cuti sem baru berakhir.Kelas dah mula seminggu,Minggu pertama tak banyak kelas lagi.Semalam baru je balik dari Penang.Isnin baru nak balik belajar.Tak dapat bersama kami.Nak buat camana dah mula belajar.Sepanjang kami takde bolehlah perhati2kan Wak2 buat keje memasang tiles dan bumbung yang masih belom siap bahagian porch kereta.Pak Anjang pun nak siapkan wiring bahgian bilik dan hall.Boleh jugak kurangkan belanja kami hantar binatang kesayangan kami Boo dan anak2 ke Klinik Haiwan.....kira2 2-3 ari jugak.Kos sehari RM 10 untuk 3 beranak.Risau jugak meninggalkan baby2 2 ekor tu.Boo pun garang...kesianlah Doc pompuan India tu.

Apa2 pun dah kata cuti sekolah...camana sibuk pun masa untuk anak2 bersuka ria patut ade.Kesian dorang bosan setiap hari kene bebel.elain online makan tidur je.....arap2 percutian singkat ni memberi erti.

No comments: