GABUNGAN 2 RASA


Semalaman menghias blog...langsung tak jengok FB malam tadi.Rindu kesunyian dan masa menyendiri.Agak lama juga masa yang kuambil untuk menimbulkan suasana selesa,damai di blog ini.Pilihan warna Ungu masih lagi di carta teratas.Kelembutan Ungu masih menawan hati.Agak sukar melepaskan warna ini berlalu.Latar belakang Ungu ,tulisan juga Ungu.Ada makna tersembunyi di sebaliknya.Selain menawan,lembut,ia warna Cintaku.

Isi blog tak banyak yang berbeza.Masih di sekitar lingkaran perjalanan hidup seorang insan seni bernama Zieta Casarita.Pengalaman pahit manis di alam maya,fana,fantasi dan mimpi.Semuanya kugabung menzahirkan kisah2 yang menarik.Ada waktu ingin sekali kucatat realiti kehidupan namun bukan semuanya harus dikongsi.Ada yang kekal terbenam di lubuk hati tanpa ingin kugemburkan di hujung jari.D` Jari Seni hanya memaparkan sebahgian kisah luaran yang boleh menjadi iktibar pada pengikut blog.

Blog diubahsuai mengikut citarasa masakini.Penampilan yang serba sederhana dengan alunan muzik instrumental menenangkan fikiran.Susunan yang lebih teratur dari penampilan awal jjika ada yang mengikuti sejak 2009 lagi.Hasil perbincangan 2 mata bersama anak remajaku Nurul Nazuha Najaa terhasillah blog baru yang sedap mata memandang.Lapang jiwa di sini.Idea yang ditonjolkan sangat minima hinggakan aku kini lebih bertapak di blog.Biar sunyi tapi jiwa lapang.

Harapanku agar lebih ramai bertandang ,bersama2 di hujung jari seniku.Kita sama2 berlari di putih latar skrin.Menghayati puisi2,luahan hati,kisah seharian,kegembiraan,kesedihan,info semasa dan sebagainya.Yang baru di sini selamat datang ke duniaku.Semoga anad rasa seperti berada di blog sendiri.Yang lama kekallah bersamaku, teruskan mengenaliku dengan lebih jauh lagi.Sokongan,pandangan,nasihat dan jalinan persahabatan kamu semua membuat aku terus ingin berkarya lagi dan lagi dan lagi.


SALAM MANIS PAGI SABTU!!!!


No comments: