


kati infra red CERGEM MASTER
Dah 2 minggu sakit2 badan.Ari ni En.Bard belikan aku Foot Massager.Malas berulang alik Giant Hypermarket pegi mengurut kaki.Lagipun aku tak tahan bab kaki ni...geli geleman.Risiko tukang urut kene terajang tinggi.Penyakit2 ni boleh dikesan dari tapak kakisebenarnya.Pengalaman buat terapi cara Korea amat berkesan sekali.
Hampir 2 tahun mencuba urutan infra red menggunakan katil CERAGEM MASTER.Terapi mudah ini aku jalani di sebuah Center di Sri Hartamas,kira2 5 tahun yang lalu.Sekarang ni dengar kabar dah berpindah ke Kepong.Setiap hari akan ke sana bersama En.Bard dan rakan2.Masa ni kami masih di Selayang.Kedai 2 tingkat yang menempatkan kira2 28 buah katill urut eletrik Ramai jugak yang berkunjung.Slogan yang di perkenalkan pada kami.....Sakit Dahulu,Sembuh kemudian......amat menarik perhatianku.Tujuan aku ke sini selain untuk kesihatan ....nak habiskan masa berdua2an dengan buah hati.Menambah ertakan silaturahim .Setiap hari mengenakan T Shirt putih dan seluar panjang putih.ada bekalan yang kami bawa bersama iaitu sehelai cadar putih dan selimut.Di Center seolah2 sedang berlangsung acara senamrobik di mana ramai yang berseragam putih berbaring di katil.Kebanyakan yang hadir adalah di kalangan orang2 veteran.Al Maklumlah badan dah makin sakit2.Selain dari yang sakit biasa ada jugak yang sakit teruk...yang lumpuh pun ada.
Kami disambut oleh pembantu2 yang akan menjaga masa kami berurut.ad sesi ceramah kesihatan jugak.Petugas2 melayan mesra pengguna yang mencuba katil Ceragem Master.Katil ini jugak dijual dengan harga promosi masa itu cuma RM 8,800 saja.Dengar kabar harha dah melambung ke Rm 11 sekarang ni.makin tak mampulah kami mmembeli.Jalan mudah meneruskan terapi percuma di Center2 berhampiran.5 tahun di JB baru sampai katil ini di Johor Jaya.
Cara menggunakannya mudah je.........baring atas katil automatik yang di dalamnya ada batu jed.Semasa berbaring batu2 jed akan bergerak .Haba dikeluarkan bagi memanaskan bahagian2 badan.Urutan dihentikan pada beberapa point tertentu.Sebagai contoh.....akan berhenti di bahagian pinggang,bila semakin panas kita rasakan bermaksud di bahagian itulah kesakitan yang kita hidapi.Masalah aku yang kebas kaki tangan sejak mengandung anak sulong lagi makin berkurangan setelah menjalankan terapi selama sebulan.Sebelum buat rawatan kami diberitahu bahawa segala kesakitan yang kita alami akan dibongkarkan terlebih dahulu.Kita akan merasa sakit berganda pada awalnya dan akan berkurangan kian hari dan terus sembuh.Resdung makin menjadi,migrain jugak begitu.Kebas kaki tangan bertambah aku rasakan tetapi setelah 2 bulan segala yang kuhidapi makin menjauh dan akhirnya langsung tak terasa lagi.
Setiap hari aku perhatikan hasil penyembuhan rakan2 jugak.Nampak positif.Semakin yakin dengan kaedah alternatif yang kami amalkan ini.Sekarang ni dah hampir 10 tahun kami mengenali Ceragem.Berhasrat memiliki sebuah namun rezeki belum berpihak pada kami.Walau bagaimana pun suamiku sudah pun membelikan foot Massger dari Ceragem buat kami sekeluarga.Selepas ni tak ke Center lagi pun tak mengapa.....
No comments:
Post a Comment