Terigat zaman anak2ku masih kecil.Bermula dari yang sulong...kami panggil Along.Anak yang pintar sejak kecil..Kami didik menggunakan 3 bahasa.Bahasa Melayu pertuturan harian.Bahasa Inggeris yang mudah dan
.Bahasa Bunyi...agak pelik bunyinya tapi berkesan.Setiap kali ingin berhubung dengan kami pasti Along menggunakan ke tiga2 sekali.Sebagai contoh..." Mama tengok tu,Kucing,Cat,Miow...."Mula2 agak janggal pada orang2 yang tak biasa dengan kami tapi bila jiran2 terdekat mengikut cara kami rasa seolah2 menarik pulak idea ni.Along sendiri bila makin pandai bertutur makin banyak perkataan yang dipelajari.Semakin dewasa semakin bijak berkata2.
 |
| Along @Ahmad Black @ Ahmad Badri Akeel. |
Adiknya pulak lahir 5 tahun kemudian berbeza dengan Along.Naja ,anak perempuan pertama kami memang petah bercakap.Pada usia 7 bulan dah boleh mengeluarkan patah2 perkataan mudah seperti Mama,Nenek,kakak...malah berterusan membahasakan dirinya kakak bila berusia setahun.Lain dari Along,Kakak lebih bijak bercakap.Ketika tu kami buka Mini Mart di Bandar Country Homes,Rawang....pelanggan keluar masuk kedai akan terkejut dengan bahasa yang lancar Kakak dalam usia setahun.Bukan saja dah boleh membentuk ayat ,Kakak dah boleh juga berfikir.Jangan dikira pelanggan yang berkecil hati pada kelancangan mulut Kakak.Siap bergossip lagi..." Nak beli ke tak nak?Kalau tak nak main jauh2 ye....orang banyak keje ni.."Ada yang cubit pipi,tepuk punggung dan yang kejar keliling blok tak ketinggalan.Kadang2 rasa macam tak pandai mengasuh Kakak.Macam2 kerenah kanak2.
 |
Gambar masa kecil belom semat scan....yg ni 15 tahun,Nurul Nazuha Najaa.
|
2 tahun selepas Kakak lahir pula Nurul Fariha addina yang kami sekeluarga panggil Kakcik.Dia ni pediam sangat orangnya.Dah setahun pun masih tak dengar ada perkataan keluar selain Mama,Abah,Kakak.,nak mamam,nak bobom dan yang ringkas2 aje.Hampir2 kami sangka anak yang ni ada kekurangan sikit.Nauzubillah...tindakbalas dengan orang keliling memang tak langsung.Ada yang sarankan agar dibawa ke pemeriksaan rapi di Hospital Sselayang.Memang susah nak dengar Kakcik Di
na ni bertutur.Sesekali terkeluar perkataan kami semua akan gelak besar.Pelik2 dan langsung tak masuk akal.Perkataan sudah bertukar kepada kodah,makan kepada bakam,jugak kepada fugak.....memeningkan kepala.
 |
Nurul fariha Addina @ Kakcik 13 tahun sekarang.
|
 |
| Nurul Samiha Zayyani @ Adik... |
Dalam usia 37 tahun aku fikirkan dah tamat dunia ke Klinik Ibu mengandung lagi rupa2nya tekaan kami meleset.Aku disahkan hamil dan rasa berat untuk menerima berita ini.Namun setelah usia kandungan memcecah 9 bulan rasa berkobar2 nak jadi ibu semula.Masa berlalu Nurul samiha Zayyani atau kami panggil adik...membesar dengan sempurna.Paling seronok bila adik mula bertutur....alih2 bahsa pekat Parit,Perak yang keluar.Mana menjadi mane,apa menjadi ape.....menggelikan hati.Walaupun Abah mereka berasal dari Ipoh,Perak namun kami tak menggunakan bahasa Perak sepenuhnya di rumah kecualilah masa di kampung.Memang pelik2 anak2ku dengan bahasa2 masa mereka masih anak2 kecil.Kami jadi takut bila Adik masih bertutur pelat2 semasa didaftarkan ke Tadika KEMAS.Mujurlah Cikgu Mas memahami.
No comments:
Post a Comment