Entah megapa bila ungkit kisah lalu,aku jadi rasa bersalah yang teramat sangat.Bukan niat nak menyalahkan sesiapa.Bukan juga nak menegakkan benang basah.Terkadang ada baiknya mendiamkan diri dari ribut2.Biarpun dah berlalu namun bila di kenang,pedihnya masih menikam jiwa.
Fb mempertemukan kami.Usik mengusik menjadi mainan seharian.Aku memang faham benar dengan masalah rakan2.Cuba sedaya upaya menjaga hati agar tiada yang tersinggung.Semakin hari semakin mesra.Walau pun aku tidak berada di tempatnya namun segala masalah kehidupannya membuatkan aku berasa sungguh2 simpati.Tak dinafikan nasib kami berbeza tapi di satu sudut kami sama2 pernah kehilangan orang yang kami sayangi.Kekentalan jiwa,ketabahanku memang melebihi dirinya,memandangkan aku lebih banyak mengalami kesukaran hidup berbanding dia.
Apa yang merunsingkan aku adalah keluh kesah yang tak berkesudahannya.Sekali dua memanglah tak terasa tapi bila sepanjang waktu mengeluh perkara yang sama aku tak boleh terima situasi ini.Dalam meratap pemergian yang tersayang diwaktu yang sama sibuk bertukar arah.Tak tahu yang mana satu arah tujuan.Sebagai rakan karib aku sering memberi kata dua agar tak tersalah pilihan.Satu peristiwa langsung memutuskan hubugan kami berlaku pada satu hari.Entah bila waktunya tak kusedari.Aku memang tak suka mengingati tarikh dan hari kecuali hari2 pentig dalam sejarah hidup kami.
Kerana salah faham kami tak lagi bergelar rakan karib.Begitu saja masa bersama ditinggalkan.Mungkin kata maaf dan ucapan selamat tinggal pun tidak layak dilemparkan padaku.Aku akur dengan keputusannya.Kupendam srgala yang menghantui perasaan.Membiarkan saja diri dipersalahkan.Berpegang teguh pada ugkapan...segala yang benar itu akan terungkai juga suatu masa nanti.Sehingga kini segala permasalahan tinggal sepi.Masing2 membawa haluan.Tiada kata putus titik persoalan.Aku masih berharap agar suatu masa hatiya terbuka untukku lagi.Bagiku...sebuah hubungan yag tercipta adalah dari ketentuanNYA.Aku sering terfikir apa masih ada KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN....sukar untuk menerima kenyataan ini.Kasih sayang tak perah padam walau hati pernah disakiti.Mungkin masih ada rasa yang takkan terpadam terus di lubuk hati.Entahlah ..aku kadang2 meragukan hati sendiri.
1 comment:
andai ada kau di sana sudikah mendengar?
Post a Comment