esok gerak kul 8

       Esok kami nak ke seremban,N9.Dah plan lama..dari kumpulan besar dah tinggal 2 family je yang akan ke majlis perkahwinan anak abang Mael.Paling kesian rancangan jadi kelam kabut.Kami tak salahkan sesiapa dalam hal ini kerana pada awalnya bukan tujuan asal nak ke majlis.Cuti En.Bard untuk tahun ni ada lebihkurang 200 hari lagi.Kalau jadi pencen hujung tahun depan tak habis makan cuti .Tahun ni dah beberapa kali ambil cuti.Bulan depan family day cuti lagi.
       Lepas majlis nak balik kampung.Macam biasa family kami akan bermalam di rumah Kak som,Tok Lan di Taman Bahagia,Jasin,Melaka.Esoknya nak ke airterjun...Sagil,Tangkak,Johor.Kesian pada Shah yang tak dapat turut serta.....ingatkan nak seronok2 ramai2 sambut bedey Dina dan Zette . 3 keluarga dari Kota Singa dah membatalkan rancangan nak ke Seremban.Aku tak kisah sangat asal family kakakku Kasuma tetap macam yang dah kami rancang cuma terkilan tak dapat travel ngan kete api.
Nak beli Kek untuk bedey girl!!
Makan Nasi lemak tapau je esok......
Baju lom siap pack n gosik lagi!!
makan kat umah orang kawen....
Syoknyeeee cutiiii!!!!
       Esok kena bangun awal...baju tak siap lagi.Anak2 dah sediakan...sarapan pon malas  nak buat.Kotor dapur je,makan luar je.Singgahlah mamak ke,gerai nasi lemak ke buat alas perot.Tengahari dah tentu makan sedap kat majlis.Lepas majlis terus gerak balik Melaka.Nak bincang ngan Kak som pulak nak bekal apa ke airterjun.Nak cari kek untuk bedey girl berdua tu....dah tak sabar,tentu enjoy gile kat sana,jangan ujan sudahle.