emas juga dipandang orang....

           Dah lama kutinggalkan blog ni.Rasa nak menulis tak datang dalam jiwa.Sejak akhir2 ni aku rasa malas mengetuk papan kekunci laptop ni.Ada benda yang  di kongsi tapi macam bebal kepala otak ni.Hari ni ada mood skit tapi hati tak berapa nak tenteram.Ni semua gara2 panggilan talipon dari Pulau Pinang mlam tadi.Adik ipar dah agak lma jugak tak berhubung tiba2 bertanya kabar.Mula2tu kabar gembiralah ...tentang plan Family Day hujung tahun nanti.Selepas 15 minit mulalah bukak cerita pasal adik lelaki kami yang sedang huru hara rumahtangganya.Apalagi akibat orang ke 3lah.
          Aku dah lama masak dengan perangai si polan ni.Semenjak kami masih di KL lagi tapi malas nak campor sangat hal mereka.Pandai2lah nak idup.Dah dibuka cerita ...aku hulur telinga ajelah.tub-tub ada suara sumbang yang menduh kami punca kemelut ini.Terguris hati bila tahu ia keluar dari mulut ibu yang dah kuanngap bagaikan ibu sendiri.Dalam talipon manisnya bahasa...tak sangka lain pulak yang terhambur diluar.Macam tak percaya bila keiklasan kita membantu dibalas dengan cemuhan.
         Aku berazam takkan ambil peduli apa jua yang melanda dalam keluarag itu lagi.Cukuplah dipermainkan begini.Betullah kata bidalan...emas juga dipandang orang.

No comments: