malam akhir bersama along
Malam ni malam akhir along dirumah.iEsok kami akan berangkat ke kl.......hantar along ke Universiti Malaya sambung belajar.Keputusan SPM along cemerlang.Inilah masa yang kami sekeluarga tunggu-tunggu.Akhirnya along berjaya sambung impianku yang tak kesampaian.Tentu arwah mak abah gembira.Aku berjaya mendidik satu-satu anak lelakiku ke menara gading.Semasa mak abah masih hidup alonglah cucu kesayangan mereka.Aku harap along tekun belajardan banggakan aku mamanya dengan segulung ijazah.Aku nak along berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang jurutera.Selepas ni hari-hari kami dirumah tentu sunyi.Selalunya dialah yang memeriahkan suasana.Aku dan along.....semua orang tahu akrabnya kami.Nanti aku dah tak teman memetik gitar ....melayan suara sumbangku dengan irama rock dolu-dolu.Dia bukan setakat anak kesayangan malah lebih.Boleh anggap kawan karib atau pendengar yang setia.Confirm aku merindui gelak tawanya.Kami pernah bercadang nak masuk Raja Lawak besama.Yang aku tahu aku akan tunggu bila tiba......CUTI SEMESTER.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment